Mimpi...semua orang pernah bermimpi..saya juga pernah bermimpi..ada yang indah, tidak kurang juga ada mimpi ngeri..
pernah satu kali dahulu saya bermimpi..pada waktu itu saya meminati
seseorang..dan saya melakukan sunat istikharah memohon petunjuk dari
Allah..
dan pada malam itu, usai solat istikharah, saya tertidur lalu mendapat mimpi..
mengenai saya dan dia..sedang berjalan bersama2,menuju ke suatu tempat, kami menaiki sebuah bas...
dan di dalam bas itu, entah bagaimana, kami terpisah..orang ramai yang
berpusu2 naik telah menjarakkan kami berdua begitu jauh antara satu sama
lain...dan entah bagaimana..saya tertolak keluar dari bas itu..
sambil bangkit dari jatuh ketika itu, saya seakan2 keliru dengan apa
yang berlaku. Dia tiada di sisi saya. Saya sedar itu. Lalu saya cuba
mencari dia. Namun hampa. Begitu banyak rintangan yang saya tempuh dalam
mimpi itu. Terjatuh ke dalam longkang, di kejar oleh orang yang tidak
saya kenali, memanjat tempok, melompat pagar...dan akhirnya saya sampai
hampir ke kawasan rumah saya...pada masa itu saya seakan-akan telah
putus asa..terlalu banyak kesakitan..terlalu banyak tenaga yang hilang..
dan tiba-tiba saya dapati dia yang saya cari itu ada di hadapan rumah
saya..dia mendapatkan saya yang begitu teruk tercedera ketika itu..dan
memapah saya untuk masuk ke dalam rumah..
dan mimpi itu
berakhir d situ..dan itu adalah satu2nya mimpi yang begitu jelas saya
dapat ingati gambarannya selepas bangkit dari tidur..
makna yang tersembunyi di sebaliknya? Sesungguhnya hanya Allah yang tahu..
Maka, apakah mimpi anda hari ini?
Komentar
Posting Komentar