Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata bumi kepada langit,
"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah
menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut,
sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Langit pun menjawab "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana
matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falak, buruj, 'arasy, kursi
dan syurga ada padaku."
Berkata pula bumi, "Hai langit,
ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para
utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan
utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian
alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan
yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan
syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata
apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia
mengadap Allah S.W.T dengan berkata,
"Ya Allah, Engkau telah
mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa
kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta
kepada-Mu Ya Allah supaya kekasih-Mu yakni Muhammad dinaikkan kepadaku
(langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga
dengannya kelak."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit. Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail AS pada malam tanggal 27 Rejab,
"Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi
pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada
Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi ke
Syurga dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman
Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara
40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang
menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu
bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq,
"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40
tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah
itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi.
Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan
membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.Buraq yang diceritakan inilah
yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj
Komentar
Posting Komentar