ALLAH
selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah
menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur
dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.
Selepas itu
Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah
Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?" Lalu Allah
berfirman yang ber maksud: “Tidak.”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai
Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh
dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat
kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia
yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat
yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga.
Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh
nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat
bukan atas perintah-Ku."
Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal."
Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
Komentar
Posting Komentar